Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu
formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada
awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya
selepas tempoh berpantang)?
Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana
ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang
mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang
sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila
bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu
mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi
jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut
melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka
mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan
tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya,
perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin"
bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula
sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk
menyusukan bayinya!
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?
Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan
akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin
yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang
mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui
bayinya.
Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan
prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada
ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap
hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat
sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan
susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari
pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen.
Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu
sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab
itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai
muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan
signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan
berhenti sendiri bila dia kekenyangan.
Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal
kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi
tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara
sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu
keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada
bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada
beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah
maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi
urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu
dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit
sebelum bertambah semula.
Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar.
Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap
susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon
seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin
yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat
bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan
ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan
penghasilan susu terganggu.
Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun
boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun
tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu
mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada
ovary pun boleh menyusukan anak...Interesting kan? So, perlukan apa
untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan
dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of
course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak
mustahil.
Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan
credit to Kumpulan Ibu2 Menyusukan

No comments:
Post a Comment