Friday, 20 July 2012

Apakah hukum Suami Menghisap Payudara Isteri?

salam semua..pastinya tentu ada yang tertanya apa kaitan tajuk & gambar bayi comel ni kan? 


rupanya bayi pun boleh cemburu dengan ayahnya, tengok mimik muka macam marah sangat kat ayah dia..hehe kelakar pun ada tengok gambar ni :-)

berbalik kepada persoalan di atas, apakah jawapan dalam fikiran anda? mengapa pula suami tidak boleh menghisap payudara isteri sedangkan di dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman"

tapi adakah anda terfikir bagaimana pula suami yang menghisap payudara isteri tetapi terminum pula susu isteri? apakah hukum sebenarnya?

menghisap payudara isteri semasa berjimak adalah harus, tetapi jika isteri yang sedang menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sehingga terminum susu isteri. kenapa pula begitu?

pertamanya, mulut suami mengandungi bakteria & kuman dan anak yang menyusu susu ibu boleh terdedah kepada jangkitan kuman & bakteria.

kedua, susu ibu adalah hak anak dan bukan hak suami

jadi daripada kedua-dua jawapan di atas, hukum menghisap payudara isteri adalah harus tetapi lebih baik jangan ketika isteri masih menyusukan anak. Tetapi jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak seperti terkena jangkitan kuman @ menyebabkan kekurangan susu, hukumnya boleh menjadi HARAM.
 

No comments:

Post a Comment