Tentu ramai ibu2 di luar sana yang menggunakan & meletakkan bayi dalam walker. Pendapat ibu senang untuk buat kerja, anak tidak meneroka & menyepahkan barang2 dalam rumah. Tahukan ibu2 semua, walker banyak keburukan daripada kebaikan.
Dari segi perkembangan awal kanak2, walker boleh membantutkan perkembangan fizikal kanak2 & hasilnya perkembangan kanak2 tidak mengikut langkah yang sepatutnya seperti meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan seterusnya berjalan.
Dari segi kesihatan menurut pakar tulang, kini ramai orang muda mengalami sakit lutut. Ini adalah disebabkan proses pembesaran kanak2 tidak mengikuti langkan perkembangan yang sepatutnya. Contoh seperti bayi yang baru pandai merangkak sudah dimasukkan di dalam walker boleh menyebabkan tempurung lutut tidak matang. Bayi tersebut mungkin akan cepat berjalan tetapi bukan melalui proses semulajadi sebab di ajar melalui walker. Keadaan ini akan menyebabkan kesan jangka panjang kepada lutut bayi.
Yang paling penting walker langsung tidak membantu dalam perkembangan otak bayi, kerana walker yang membantu bayi membuat itu & ini. Biarkan bayi tanpa walker untuk mengalami proses perkembangan yang sepatutnya. Apabila bayi dirangsang untuk meneroka apa yang ada disekeliling dengan pengawasan & mengikuti langkah perkembangan yang sepatutnya, otak kanan & kiri bayi akan cepat terangsang secara tidak langsung. Bayi akan lebih kreatif berbanding mengharapkan walker untuk melakukan sesuatu.
sumber: susuibu.com, ratuhati.com

No comments:
Post a Comment