Alihkan bayi
Alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan2..nyatakan perasaan akibat perbuatan bayi anda "sayang, jgn gigit ibu" atau "ibu sakit" dengan cara berhemah & lemah lembut walaupun ketika itu anda mempunyai rasa marah kerana sakit. Untuk seketika biarkan bayi baring sendirian sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini anda dpt mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu

Tekapkan muka
ketika
bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah payu
dara. Secara x langsung bayi akan merasa sesak nafas & mendorong
bayi menghentikan gigitan supaya dpt bernafas semula
Ketahui punca
Kenalpasti
punca bayi menggigit, contohnya ia berlaku disebabkan perasaan kecewa
bayi akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya.
Jika itu menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum
menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan
tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama
beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu
Amati corak penyusuan
Di
akhir sesi penyusuan anda dpt mengelakkan gigitan bayi. Ini dpt
dilakukan dengan mengetahui sama ada bayi suka menggigit akibat kenyang
ataupun semasa puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda
harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi
menunjukkan tanda2 menggigit
Posisi selesa
Anda seharusnya memastikan bayi & anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa semasa sesi penyusuan berlangsung
Leraikan dengan jari
Apabila
anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di
bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jgn
sesekali leraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari anda
dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera & lebih
menyakitkan
Gigit alat lain
Berikan
bayi alat lain untuk digigit seperti teether atau tuala kecil yang
dibekukan dalam 'freezer'. Alat bantuan ini bagus kerana dapat membantu
memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu untuk menghilangkan
gatal gusi
Elak jeritan
Cuba
hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah jgn
sesekali memukul @ menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi
terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan
menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu
sumber: LAKTASI (majalah PA&MA edisi Jun 2011)
sumber: LAKTASI (majalah PA&MA edisi Jun 2011)
No comments:
Post a Comment