Saturday, 28 July 2012

Susu saya tidak cukup???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Interesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

credit to Kumpulan Ibu2 Menyusukan

Friday, 27 July 2012

Hilangkan Dehydration Ketika Berpuasa


Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kita berpuasa, bagaimana 7 hari yang anda semua lalui? semoga puasa kita semua mendapat berkat & pahala. 

Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, bagaimana untuk menanganinya? Saya ingin perkenalkan kepada anda semua tentang PRODUK YANG PALING HANGAT sepanjang Ramadhan ini iaitu Performance Drink (PD). Ia adalah minuman Isotonik tanpa Karbonat. Mengapa ia menjadi pilihan semua semasa berpuasa?


Ini kerana, ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tidur, stress dan banyak lagi. 

Bagi ibu yang menyusu mereka tentu bimbang pengeluaran susu akan merudum dengan teruk kerana kekurangan air.  

Oleh itu, saya cadangkan pengambilan Performance Drink, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. Performance Drink amat sesuai untuk semua golongan lelaki, wanita & kanak2.

Performance Drink ialah campuran elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal & ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Ini adalah di antara testimoni yang menggunakan Performance Drink hasilnya:

rasa bertenaga & tidak letih walaupun menyusukan anak

anak & suami pun suka minum PD

walaupun gotong-royong bersihkan rumah, still bertenaga sampai ke petang

anak 6 tahun dapat berpuasa penuh & aktif bertenaga


bagaimana? pm Umi Shafie @ PreciousHealthy Corner: jika anda berminat & konsultasi percuma selepas pembelian bagi customer PreciousHealthy Corner :-)

Sunday, 22 July 2012

'Baby Walker'..adakah membantu bayi anda?

Tentu ramai ibu2 di luar sana yang menggunakan & meletakkan bayi dalam walker. Pendapat ibu senang untuk buat kerja, anak tidak meneroka & menyepahkan barang2 dalam rumah. Tahukan ibu2 semua, walker banyak keburukan daripada kebaikan. 



Dari segi perkembangan awal kanak2, walker boleh membantutkan perkembangan fizikal kanak2 & hasilnya perkembangan kanak2 tidak mengikut langkah yang sepatutnya seperti meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan seterusnya berjalan.

Dari segi kesihatan menurut pakar tulang, kini ramai orang muda mengalami sakit lutut. Ini adalah disebabkan proses pembesaran kanak2 tidak mengikuti langkan perkembangan yang sepatutnya. Contoh seperti bayi yang baru pandai merangkak sudah dimasukkan di dalam walker boleh menyebabkan tempurung lutut tidak matang. Bayi tersebut mungkin akan cepat berjalan tetapi bukan melalui proses semulajadi sebab di ajar melalui walker. Keadaan ini akan menyebabkan kesan jangka panjang kepada lutut bayi.

Yang paling penting walker langsung tidak membantu dalam perkembangan otak bayi, kerana walker yang membantu bayi membuat itu & ini. Biarkan bayi tanpa walker untuk mengalami proses perkembangan yang sepatutnya. Apabila bayi dirangsang untuk meneroka apa yang ada disekeliling dengan pengawasan & mengikuti langkah perkembangan yang sepatutnya, otak kanan & kiri bayi akan cepat terangsang secara tidak langsung. Bayi akan lebih kreatif berbanding mengharapkan walker untuk melakukan sesuatu.

sumber: susuibu.com, ratuhati.com

Saturday, 21 July 2012

Pelbagai kegunaan susu ibu

Semua mengetahui tentang khasiat & faedah susu ibu, tiada susu dalam dunia yang setanding dengan susu ibu. Tapi tahukah kegunaan susu selain keperluan untuk si manja? Terdapat pelbagai kegunaan susu ibu, bukan setakat sebagai susu si manja tetapi juga kegunaan lain seperti:


~ merawat ruam lampin
susu ibu sangat unik kerana tiada risiko alergik yang boleh memudaratkan lagi simptom ruam. sapukan beberapa titik susu ibudi kawasan ruam & biarkan beberapa minit supaya kering sebelum pakaikan lampin

~merawat puting kering & melecet
ramai ibu2 yang menyusukan mengalami masalah ini dalam minggu terawal kelahiran, susu ibu adalah yang terbaik, cepat & selamat. Selesai menyusukan bayi, picit sedikit dan sapukan saki-baki susu di sekeliling biarkan sehingga kering seketika

~merawat jangkitan hidung, telinga & mata
titiskan beberapa titik susu di kawasan yang sakit & susu ibu akan membersihkannya. susu ibu mengandungi antibodi semulajadi untuk melawan jangkitan tanpa kesan sampingan & boleh digunakan bila2 masa tanpa risiko terlebih dos

~mencuci make-up
susu ibu boleh digunakan untuk mencuci make-up & melembapkan kulit wajah pada masa yang sama, hanya sapukan pada muka & bersihkannya

~merawat ekzema & jerawat
susu ibu mengandungi pelembap semulajadi yang akan mempercepatkan proses penyembuhan. sapukan sedikit susu ibu & biarkan kering seketika. ulang sekerap mungkin apabila diperlukan

~merawat gigitan nyamuk, luka & kesan cakar
susu ibu melegakan gatal2 akibat gigitan nyamuk & lebih cepat berbanding ubat sapu. sapukan sedikit susu ibu di kawasan luka @ cakar untuk melawan jangkitan kuman & mempercepatkan penyembuhan luka

~merawat sakit tekak
susu ibu amat cepat dalam melegakan sakit tekak. bayi akan lega setiap kali menyusu, manakala anak yang sudah besar & orang dewasa cukup 1 cawan susu ibu untuk membantu

~merawat pesakit kemoterapi
setiap kali selepas sesi kemoterapi biasanya pesakit akan mengalami mual yang teruk. susu ibu akan membantu mengurangkan mual, membantu pencernaan & meningkatkan sistem imunisasi yang lemah

~merawat luka terbakar
lemak di dalam susu ibu merupakan pelembut & pelembab kulit yang bagus. antibodi semulajadi di dalam susu ibu dapat melindungi pesakit daripada jangkitan kuman

~melindungi penerima & pemberi organ
selepas proses pemindahan organ, susu ibu biasanya digunakan oleh penerima organ untuk membantu mereka melawan jangkitan kuman selepas pemindahan. susu ibu juga membantu pemberi organ dengan meningkatkan sistem imunisasi agar badan cepat sembuh

~merawat ketuat
basahkan bebola kapas dengan susu ibu & tampalkan di kawasan ketuat. tinggalkan beberapa minit & lakukan 2x sehari sehingga ketuat kering. antibodi dalam susu ibu akan mempercepatkan proses penyembuhan

~merawat 'chicken-pox'
susu ibu boleh digunakan untuk melegakan kegatalan

~merawat ulcer
titiskan susu ibu ke atas ulcer untuk membersihkannya. antibodi dalam susu ibu akan mengelakkan jangkitan kuman & mempercepatkan proses penyembuhan

Ajaibkan susu ibu, siapa sangka dalam tubuh seorang wanita mampu menghasilkan sesuatu yang mempunyai pelbagai kegunaanya dengan izin Allah. itulah kehebatan seorang wanita & keajaiban susu ibu  

credit to LifeFit.my

Friday, 20 July 2012

Apakah hukum Suami Menghisap Payudara Isteri?

salam semua..pastinya tentu ada yang tertanya apa kaitan tajuk & gambar bayi comel ni kan? 


rupanya bayi pun boleh cemburu dengan ayahnya, tengok mimik muka macam marah sangat kat ayah dia..hehe kelakar pun ada tengok gambar ni :-)

berbalik kepada persoalan di atas, apakah jawapan dalam fikiran anda? mengapa pula suami tidak boleh menghisap payudara isteri sedangkan di dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman"

tapi adakah anda terfikir bagaimana pula suami yang menghisap payudara isteri tetapi terminum pula susu isteri? apakah hukum sebenarnya?

menghisap payudara isteri semasa berjimak adalah harus, tetapi jika isteri yang sedang menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sehingga terminum susu isteri. kenapa pula begitu?

pertamanya, mulut suami mengandungi bakteria & kuman dan anak yang menyusu susu ibu boleh terdedah kepada jangkitan kuman & bakteria.

kedua, susu ibu adalah hak anak dan bukan hak suami

jadi daripada kedua-dua jawapan di atas, hukum menghisap payudara isteri adalah harus tetapi lebih baik jangan ketika isteri masih menyusukan anak. Tetapi jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak seperti terkena jangkitan kuman @ menyebabkan kekurangan susu, hukumnya boleh menjadi HARAM.
 

Monday, 16 July 2012

Rahsia 3M..


di antara testimoni, IBU2 YANG BERJAYA dengan bantuan set penyusuan 3M


persediaan stok susu sebelum masuk kerja~hasil selama berpantang 2 bulan

stok ebm dalam tempoh sebulan~pindah deep freezer yang baru

daripada peti biasa ke deep freezer

berjaya kumpul 1316 oz dalam masa 55 hari

ternyata sangat membantu meningkatkan stok EBM

sekali pam 12oz..Alhamdulillah

daripada 3oz kepada 5oz

bukan setakat untuk penyusuan tetapi kecantikan

kini ramai lagi yang telah berjaya dengan set penyusuan 3M..bukan sahaja membantu ibu2 menjaga kesihatan diri malah kecantikan..menjadikan kulit cantik, halus & mulus.

ingin menjadi sebahagian daripada mereka? dapatkan set penyusuan 3M..insya Allah akan dapat membantu ibu2 semua merealisasikan impian :-)

Rahsia bayi susu ibu


Beauty of Breastfeeding

pam yang pertama~sangat bermakna

 pam yang kedua~cabutan bertuah anakibushop.blogspot.com

stok susu setelah bertukar peti 2 pintu

'second degree' :-)




Tanda2 bayi mendapat susu yang CUKUP


  • Sekurang2nya 6 lampin basah setiap hari.
  • Membuang air besar yang cair kekuningan 2-5 kali sehari, bergantung kepada umur bayi. Pastikan najis bayi tidak berwarna putih @ kelabu.
  • Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
  • Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya kuning pekat @ jingga.
  • Tidurnya nyenyak, kelihatan cergas ketika bangun tidur.


Sunday, 15 July 2012

Cara Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Alihkan bayi
Alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan2..nyatakan perasaan akibat perbuatan bayi anda "sayang, jgn gigit ibu" atau "ibu sakit" dengan cara berhemah & lemah lembut walaupun ketika itu anda mempunyai rasa marah kerana sakit. Untuk seketika biarkan bayi baring sendirian sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini anda dpt mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu

Tekapkan muka
ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah payu dara. Secara x langsung bayi akan merasa sesak nafas & mendorong bayi menghentikan gigitan supaya dpt bernafas semula

Ketahui punca
Kenalpasti punca bayi menggigit, contohnya ia berlaku disebabkan perasaan kecewa bayi akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya. Jika itu menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu

Amati corak penyusuan
Di akhir sesi penyusuan anda dpt mengelakkan gigitan bayi. Ini dpt dilakukan dengan mengetahui sama ada bayi suka menggigit akibat kenyang ataupun semasa puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 menggigit

Posisi selesa
Anda seharusnya memastikan bayi & anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa semasa sesi penyusuan berlangsung

Leraikan dengan jari
Apabila anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jgn sesekali leraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari anda dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera & lebih menyakitkan

Gigit alat lain
Berikan bayi alat lain untuk digigit seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan dalam 'freezer'. Alat bantuan ini bagus kerana dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu untuk menghilangkan gatal gusi

Elak jeritan
Cuba hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah jgn sesekali memukul @ menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu


sumber: LAKTASI (majalah PA&MA edisi Jun 2011)

Panduan pemakanan bayi bwh 1 tahun


1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik- baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Susu Ibu


Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."


Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara Terus
Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz Bayi
Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."


Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Credit to~menyususimanja.blogspot.com

Saturday, 14 July 2012

Ketahui Bila Anda Boleh dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi


1 TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
• mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan

2 BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
• mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.

3 JANGAN menyusukan bayi jika anda:
• mempunyai hepatitis C.
• positif HIV.
• sedang mengambil ubat anti-barah.
• sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)

sumber : nutrition society of Malaysia

Puasa & stok susu

Lebih kurang seminggu lagi kita semua akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak..Ahlan Wasahlan ya RAMADHAN :-D.

Saya pasti ibu2 semua, terutama yang sedang menyusukan anak sudah bersedia daripada semua segi termasuk stok susu anak untuk bekalan bulan puasa nanti.

Bagi ibu2 yang baru bermula dengan dunia penyusuan tentu sedang mencari alternatif untuk mengekalkan & menambah stok susu. Tentu di antara ibu2 merasa runsing kerana stok susu yang sedia ada belum mencukupi untuk keperluan semasa puasa & selepasnya, pengeluaran susu merudum semasa puasa, tidak tahan lapar & dahaga kerana mengepam susu, risau badan menjadi penat & letih seharian berpuasa, risau menjadi gastrik & dehydrate (kekurangan air).

Saya ingin berkongsi pengalaman semasa mengganti puasa, walaupun sibuk dengan kerja seharian badan tidak berasa letih & kekurangan air. Rahsianya? tentunya set penyusuan 3M yang membantu saya mengatasinya.

(Best Seller for breastfeeding moms)

Di samping set penyusuan 3M ini saya juga minum Performance Drink untuk penyahhidratan & kelesuan sepanjang berpuasa 
.
 
Untuk ibu yang menyusukan & semua golongan lelaki & wanita tidak rugi kalau melabur sedikit untuk kesihatan & keperluan anak tersayang. Berikan yang terbaik buat si kecil anda :-D

Penyusuan Set 3M


  • Merupakan kombinasi Set B (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex), OsteMatrix (Kalsium) dan Energizing Soy Protein (ESP)
  • Set Breastfeeding 3M merupakan set yang paling laris, paling berkesan dan paling mendapat sambutan terhangat di kalangan ibu-ibu menyusu.
  • Set ini mengandungi vitamin yang boleh membantu mempercepat dan menambah penghasilan susu ibu, sehinggakan para ibu yang mengambil set ini disarankan mengepam / menyusukan anak setiap 2 jam sekali atau ibu mungkin mengalami bengkak susu.
  •  Digalakkan untuk ibu-ibu yang baru mula nak kumpul stok
  • Digalakkan untuk ibu-ibu yang penghasilan susunya sangat sedikit
  • Digalakkan untuk ibu-ibu bekerjaya yang perlukan stok lebih untuk simpanan
  • Digalakkan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya melalui botol susu (anak enggan direct feed melalui payudara)
  • Digalakkan untuk ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan di mana si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
  • Set ini jika diamalkan bersama-sama tips yang diberi adalah paling sesuai untuk ibu-ibu yang ingin melakukan relaktasi/ induce relactation (contohnya ibu telah berhenti menyusui anak atau ibu yang hendak menyusukan anak angkat). InsyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu mesti berusaha.


NOTA PENTING

*Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat di atasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.

Credit to LifeFit,My

Penyusuan Set E


  • Merupakan kombinasi Vita-Lea, Vita-C, B-complex, Alfalfa Complex & OsteMatrix (Kalsium).
  • Set ini dapat memberikan kesan yang lebih cepat dalam membantu meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding set D dan Set E kerana set ini menggandingkan Alfalfa Complex dan OsteMatrix yang bertindak sebagai milkbooster.
  •  Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak boleh minum susu kerana kalsium Shaklee memenuhi keperluan harian kalsium tubuh.
  • Formula OsteMatix (Kalsium Shaklee) dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Membantu si ibu merasa cergas dan bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan 
  • Boleh membantu bayi yang mempunyai masalah eczema


NOTA PENTING

*Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat di atasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.

Credit to LifeFit,My

Penyusuan Set Eu-Four Pack



  • Merupakan kombinasi Vita-lea, B-complex, Vita-C dan OsteMatrix (Kalsium).
  •  Pengambilan secara konsisten oleh ibu menyusu akan membantu meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak boleh minum susu atau mengambil supplement kalsium yang lain kerana kalsium Shaklee memenuhi keperluan harian kalsium tubuh.
  • Formula OsteMatix (Kalsium Shaklee) dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Set ini membantu si ibu merasa cergas dan bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
NOTA PENTING

*Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat di atasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.

Credit to LifeFit,My

Penyusuan Set B



  • Merupakan kombinasi Vita-Lea, Vita-C, B-complex dan Alfalfa Complex
  • Pengambilan supplement set ini adalah bertujuan untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  • Set ini jika diambil oleh ibu menyusu boleh membantu bayi yang mempunyai masalah eczema.
  • Kurang sesuai untuk ibu yang baru bersalin/ dalam pantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.




NOTA PENTING

*Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat di atasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.
Credit to LifeFit,My