Sunday, 9 December 2012

Collagen Powder~untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan


antara testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder

 
tiada lagi rambut gugur, rabun berkurangan dll

kulit muka tegang & parut jerawat semakin pudar

SUPERB YEAR END PROMO
anda bagaimana? ingin mencuba..cepat dapatkannya sebelum kehabisan..

 
pm Umi Shafie @ WhatsApp 017-9686166 untuk detail :-)

Saturday, 17 November 2012

Mengapa Vitamin Penting?

1) Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin

2) Buah-buhan dan sayur-sayuran mungkin ditanama di atas tanah yang kurang subur

3) Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak

4) Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan

5) Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda

6) Anda mungkin terlalu kerap makan di luar

7) Gaya hidup anda tidak aktif

8) Pekerjaan anda banyak 'STRESS'

9) Anda kerap dijangkiti demam & jangkitan-jangkitan lain

Saturday, 6 October 2012

ESP memang SUPERB

kenapa saya cakap ESP memang superb? inilah jawapannya...
12oz sekali pam..

berat badan turun 6kg dalam masa 2 bulan, susu lebih pekat & kulit muka semakin berseri


hasil pam 1 sesi
selain sebagai milkbooster..juga memberi tenaga ibu dalam pantang
parut jerawat makin pudar & kulit semakin gebu
amalan semasa mengandung..kulit bayi halus mulus
period konsisten selepas pantang


Thursday, 16 August 2012

Hebatnya Susu Ibu!

Mengambil tajuk buku Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi Bertauliah. Mula2 saya tengok buku ni dalam Group Kumpulan Ibu Menyusukan..diperkenalkan oleh Nik Ha. Terus rasa ingin beli & mendalami ilmu penyusuan susu ibu, semakin 'terlibat' dalam dunia penyusuan..semakin banyak kelebihan & keistimewaan SUSU IBU.

Saya yakin, setelah ibu2 membaca buku ini...semangat untuk meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun akan berkobar-kobar & matlamat ibu2 semua akan tercapai.

Antara isi kandungan buku ini yang bakal menarik perhatian ibu2 ialah:

Keunikan susu ibu:
  • Susu ibu berubah mengikut umur bayi iaitu susu ibu bagi bayi pramatang lebih tinggi protein & susu ibu bagi bayi 8 bulan lebih tinggi kandungan kalori berbanding bayi 1 bulan
  • Susu ibu berubah mengikut cuaca dimana bila cuaca panas susu ibu lebih banyak kandungan air & bila cuaca sejuk susu ibu lebih lemak 
  • Susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan, oleh itu bayi terdedah kepada pelbagai rasa susu ibu :-)

Keistimewaan susu ibu: 
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih 1 juta sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi memakan kuman
  • Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang~mengelakkan jangkitan kuman & alahan
  • Kandungan susu ibu adalah 88% air, oleh itu sudah sempurna & anda tidak perlu air tambahan
  • Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut..HEBATNYA! 

Insya Allah, melalui buku ini tiada lagi keluhan & persoalan lazim seperti "saya memang tiada susu sejak awal lagi", " saya bersemangat untuk menyusukan, tetapi memang nasib @ keturunan saya tiada susu", "bolehkah saya menyusukan bayi saya secara ekslusif?" @ "puting saya leper @ tenggelam, susah untuk saya menyusukan anak"

Buku ini juga menjawab persoalan mengapa perlu menyusukan bayi dengan susu ibu..Antara kandungan jawapannya ialah: 
~Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semulajadinya untuk bayi manusia. Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang terbaik. Para saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu. Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya.

Saya sangat menggalakkan ibu2 membeli buku ini untuk rujukan & pemahaman yang lebih mendalam tentang susu ibu..banyak manfaat yang boleh diperolehi terutama bagi yang bakal bergelar ibu..BERILAH YANG TERBAIK BUAT BAYI ANDA :-D


Saturday, 4 August 2012

Kelebihan ESP

-Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
-Lengkap dengan kesemua amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
-Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
-Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
-Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. 

Kelebihan daripada sudut:
KECANTIKAN
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
 
KESIHATAN
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat


PELANGSINGAN
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

 
PENYUSUAN
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak 
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam

KEHAMILAN
 
  • Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum

 
 KESUBURAN
  • Untuk yang alami masalah keSuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil

 

Saturday, 28 July 2012

Susu saya tidak cukup???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Interesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

credit to Kumpulan Ibu2 Menyusukan

Friday, 27 July 2012

Hilangkan Dehydration Ketika Berpuasa


Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kita berpuasa, bagaimana 7 hari yang anda semua lalui? semoga puasa kita semua mendapat berkat & pahala. 

Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, bagaimana untuk menanganinya? Saya ingin perkenalkan kepada anda semua tentang PRODUK YANG PALING HANGAT sepanjang Ramadhan ini iaitu Performance Drink (PD). Ia adalah minuman Isotonik tanpa Karbonat. Mengapa ia menjadi pilihan semua semasa berpuasa?


Ini kerana, ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tidur, stress dan banyak lagi. 

Bagi ibu yang menyusu mereka tentu bimbang pengeluaran susu akan merudum dengan teruk kerana kekurangan air.  

Oleh itu, saya cadangkan pengambilan Performance Drink, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. Performance Drink amat sesuai untuk semua golongan lelaki, wanita & kanak2.

Performance Drink ialah campuran elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal & ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Ini adalah di antara testimoni yang menggunakan Performance Drink hasilnya:

rasa bertenaga & tidak letih walaupun menyusukan anak

anak & suami pun suka minum PD

walaupun gotong-royong bersihkan rumah, still bertenaga sampai ke petang

anak 6 tahun dapat berpuasa penuh & aktif bertenaga


bagaimana? pm Umi Shafie @ PreciousHealthy Corner: jika anda berminat & konsultasi percuma selepas pembelian bagi customer PreciousHealthy Corner :-)

Sunday, 22 July 2012

'Baby Walker'..adakah membantu bayi anda?

Tentu ramai ibu2 di luar sana yang menggunakan & meletakkan bayi dalam walker. Pendapat ibu senang untuk buat kerja, anak tidak meneroka & menyepahkan barang2 dalam rumah. Tahukan ibu2 semua, walker banyak keburukan daripada kebaikan. 



Dari segi perkembangan awal kanak2, walker boleh membantutkan perkembangan fizikal kanak2 & hasilnya perkembangan kanak2 tidak mengikut langkah yang sepatutnya seperti meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan seterusnya berjalan.

Dari segi kesihatan menurut pakar tulang, kini ramai orang muda mengalami sakit lutut. Ini adalah disebabkan proses pembesaran kanak2 tidak mengikuti langkan perkembangan yang sepatutnya. Contoh seperti bayi yang baru pandai merangkak sudah dimasukkan di dalam walker boleh menyebabkan tempurung lutut tidak matang. Bayi tersebut mungkin akan cepat berjalan tetapi bukan melalui proses semulajadi sebab di ajar melalui walker. Keadaan ini akan menyebabkan kesan jangka panjang kepada lutut bayi.

Yang paling penting walker langsung tidak membantu dalam perkembangan otak bayi, kerana walker yang membantu bayi membuat itu & ini. Biarkan bayi tanpa walker untuk mengalami proses perkembangan yang sepatutnya. Apabila bayi dirangsang untuk meneroka apa yang ada disekeliling dengan pengawasan & mengikuti langkah perkembangan yang sepatutnya, otak kanan & kiri bayi akan cepat terangsang secara tidak langsung. Bayi akan lebih kreatif berbanding mengharapkan walker untuk melakukan sesuatu.

sumber: susuibu.com, ratuhati.com

Saturday, 21 July 2012

Pelbagai kegunaan susu ibu

Semua mengetahui tentang khasiat & faedah susu ibu, tiada susu dalam dunia yang setanding dengan susu ibu. Tapi tahukah kegunaan susu selain keperluan untuk si manja? Terdapat pelbagai kegunaan susu ibu, bukan setakat sebagai susu si manja tetapi juga kegunaan lain seperti:


~ merawat ruam lampin
susu ibu sangat unik kerana tiada risiko alergik yang boleh memudaratkan lagi simptom ruam. sapukan beberapa titik susu ibudi kawasan ruam & biarkan beberapa minit supaya kering sebelum pakaikan lampin

~merawat puting kering & melecet
ramai ibu2 yang menyusukan mengalami masalah ini dalam minggu terawal kelahiran, susu ibu adalah yang terbaik, cepat & selamat. Selesai menyusukan bayi, picit sedikit dan sapukan saki-baki susu di sekeliling biarkan sehingga kering seketika

~merawat jangkitan hidung, telinga & mata
titiskan beberapa titik susu di kawasan yang sakit & susu ibu akan membersihkannya. susu ibu mengandungi antibodi semulajadi untuk melawan jangkitan tanpa kesan sampingan & boleh digunakan bila2 masa tanpa risiko terlebih dos

~mencuci make-up
susu ibu boleh digunakan untuk mencuci make-up & melembapkan kulit wajah pada masa yang sama, hanya sapukan pada muka & bersihkannya

~merawat ekzema & jerawat
susu ibu mengandungi pelembap semulajadi yang akan mempercepatkan proses penyembuhan. sapukan sedikit susu ibu & biarkan kering seketika. ulang sekerap mungkin apabila diperlukan

~merawat gigitan nyamuk, luka & kesan cakar
susu ibu melegakan gatal2 akibat gigitan nyamuk & lebih cepat berbanding ubat sapu. sapukan sedikit susu ibu di kawasan luka @ cakar untuk melawan jangkitan kuman & mempercepatkan penyembuhan luka

~merawat sakit tekak
susu ibu amat cepat dalam melegakan sakit tekak. bayi akan lega setiap kali menyusu, manakala anak yang sudah besar & orang dewasa cukup 1 cawan susu ibu untuk membantu

~merawat pesakit kemoterapi
setiap kali selepas sesi kemoterapi biasanya pesakit akan mengalami mual yang teruk. susu ibu akan membantu mengurangkan mual, membantu pencernaan & meningkatkan sistem imunisasi yang lemah

~merawat luka terbakar
lemak di dalam susu ibu merupakan pelembut & pelembab kulit yang bagus. antibodi semulajadi di dalam susu ibu dapat melindungi pesakit daripada jangkitan kuman

~melindungi penerima & pemberi organ
selepas proses pemindahan organ, susu ibu biasanya digunakan oleh penerima organ untuk membantu mereka melawan jangkitan kuman selepas pemindahan. susu ibu juga membantu pemberi organ dengan meningkatkan sistem imunisasi agar badan cepat sembuh

~merawat ketuat
basahkan bebola kapas dengan susu ibu & tampalkan di kawasan ketuat. tinggalkan beberapa minit & lakukan 2x sehari sehingga ketuat kering. antibodi dalam susu ibu akan mempercepatkan proses penyembuhan

~merawat 'chicken-pox'
susu ibu boleh digunakan untuk melegakan kegatalan

~merawat ulcer
titiskan susu ibu ke atas ulcer untuk membersihkannya. antibodi dalam susu ibu akan mengelakkan jangkitan kuman & mempercepatkan proses penyembuhan

Ajaibkan susu ibu, siapa sangka dalam tubuh seorang wanita mampu menghasilkan sesuatu yang mempunyai pelbagai kegunaanya dengan izin Allah. itulah kehebatan seorang wanita & keajaiban susu ibu  

credit to LifeFit.my

Friday, 20 July 2012

Apakah hukum Suami Menghisap Payudara Isteri?

salam semua..pastinya tentu ada yang tertanya apa kaitan tajuk & gambar bayi comel ni kan? 


rupanya bayi pun boleh cemburu dengan ayahnya, tengok mimik muka macam marah sangat kat ayah dia..hehe kelakar pun ada tengok gambar ni :-)

berbalik kepada persoalan di atas, apakah jawapan dalam fikiran anda? mengapa pula suami tidak boleh menghisap payudara isteri sedangkan di dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman"

tapi adakah anda terfikir bagaimana pula suami yang menghisap payudara isteri tetapi terminum pula susu isteri? apakah hukum sebenarnya?

menghisap payudara isteri semasa berjimak adalah harus, tetapi jika isteri yang sedang menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sehingga terminum susu isteri. kenapa pula begitu?

pertamanya, mulut suami mengandungi bakteria & kuman dan anak yang menyusu susu ibu boleh terdedah kepada jangkitan kuman & bakteria.

kedua, susu ibu adalah hak anak dan bukan hak suami

jadi daripada kedua-dua jawapan di atas, hukum menghisap payudara isteri adalah harus tetapi lebih baik jangan ketika isteri masih menyusukan anak. Tetapi jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak seperti terkena jangkitan kuman @ menyebabkan kekurangan susu, hukumnya boleh menjadi HARAM.
 

Monday, 16 July 2012

Rahsia 3M..


di antara testimoni, IBU2 YANG BERJAYA dengan bantuan set penyusuan 3M


persediaan stok susu sebelum masuk kerja~hasil selama berpantang 2 bulan

stok ebm dalam tempoh sebulan~pindah deep freezer yang baru

daripada peti biasa ke deep freezer

berjaya kumpul 1316 oz dalam masa 55 hari

ternyata sangat membantu meningkatkan stok EBM

sekali pam 12oz..Alhamdulillah

daripada 3oz kepada 5oz

bukan setakat untuk penyusuan tetapi kecantikan

kini ramai lagi yang telah berjaya dengan set penyusuan 3M..bukan sahaja membantu ibu2 menjaga kesihatan diri malah kecantikan..menjadikan kulit cantik, halus & mulus.

ingin menjadi sebahagian daripada mereka? dapatkan set penyusuan 3M..insya Allah akan dapat membantu ibu2 semua merealisasikan impian :-)

Rahsia bayi susu ibu


Beauty of Breastfeeding

pam yang pertama~sangat bermakna

 pam yang kedua~cabutan bertuah anakibushop.blogspot.com

stok susu setelah bertukar peti 2 pintu

'second degree' :-)




Tanda2 bayi mendapat susu yang CUKUP


  • Sekurang2nya 6 lampin basah setiap hari.
  • Membuang air besar yang cair kekuningan 2-5 kali sehari, bergantung kepada umur bayi. Pastikan najis bayi tidak berwarna putih @ kelabu.
  • Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
  • Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya kuning pekat @ jingga.
  • Tidurnya nyenyak, kelihatan cergas ketika bangun tidur.