Sunday, 9 December 2012

Collagen Powder~untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan


antara testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder

 
tiada lagi rambut gugur, rabun berkurangan dll

kulit muka tegang & parut jerawat semakin pudar

SUPERB YEAR END PROMO
anda bagaimana? ingin mencuba..cepat dapatkannya sebelum kehabisan..

 
pm Umi Shafie @ WhatsApp 017-9686166 untuk detail :-)

Saturday, 17 November 2012

Mengapa Vitamin Penting?

1) Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin

2) Buah-buhan dan sayur-sayuran mungkin ditanama di atas tanah yang kurang subur

3) Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak

4) Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan

5) Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda

6) Anda mungkin terlalu kerap makan di luar

7) Gaya hidup anda tidak aktif

8) Pekerjaan anda banyak 'STRESS'

9) Anda kerap dijangkiti demam & jangkitan-jangkitan lain

Saturday, 6 October 2012

ESP memang SUPERB

kenapa saya cakap ESP memang superb? inilah jawapannya...
12oz sekali pam..

berat badan turun 6kg dalam masa 2 bulan, susu lebih pekat & kulit muka semakin berseri


hasil pam 1 sesi
selain sebagai milkbooster..juga memberi tenaga ibu dalam pantang
parut jerawat makin pudar & kulit semakin gebu
amalan semasa mengandung..kulit bayi halus mulus
period konsisten selepas pantang


Thursday, 16 August 2012

Hebatnya Susu Ibu!

Mengambil tajuk buku Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi Bertauliah. Mula2 saya tengok buku ni dalam Group Kumpulan Ibu Menyusukan..diperkenalkan oleh Nik Ha. Terus rasa ingin beli & mendalami ilmu penyusuan susu ibu, semakin 'terlibat' dalam dunia penyusuan..semakin banyak kelebihan & keistimewaan SUSU IBU.

Saya yakin, setelah ibu2 membaca buku ini...semangat untuk meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun akan berkobar-kobar & matlamat ibu2 semua akan tercapai.

Antara isi kandungan buku ini yang bakal menarik perhatian ibu2 ialah:

Keunikan susu ibu:
  • Susu ibu berubah mengikut umur bayi iaitu susu ibu bagi bayi pramatang lebih tinggi protein & susu ibu bagi bayi 8 bulan lebih tinggi kandungan kalori berbanding bayi 1 bulan
  • Susu ibu berubah mengikut cuaca dimana bila cuaca panas susu ibu lebih banyak kandungan air & bila cuaca sejuk susu ibu lebih lemak 
  • Susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan, oleh itu bayi terdedah kepada pelbagai rasa susu ibu :-)

Keistimewaan susu ibu: 
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih 1 juta sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi memakan kuman
  • Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang~mengelakkan jangkitan kuman & alahan
  • Kandungan susu ibu adalah 88% air, oleh itu sudah sempurna & anda tidak perlu air tambahan
  • Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut..HEBATNYA! 

Insya Allah, melalui buku ini tiada lagi keluhan & persoalan lazim seperti "saya memang tiada susu sejak awal lagi", " saya bersemangat untuk menyusukan, tetapi memang nasib @ keturunan saya tiada susu", "bolehkah saya menyusukan bayi saya secara ekslusif?" @ "puting saya leper @ tenggelam, susah untuk saya menyusukan anak"

Buku ini juga menjawab persoalan mengapa perlu menyusukan bayi dengan susu ibu..Antara kandungan jawapannya ialah: 
~Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semulajadinya untuk bayi manusia. Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang terbaik. Para saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu. Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya.

Saya sangat menggalakkan ibu2 membeli buku ini untuk rujukan & pemahaman yang lebih mendalam tentang susu ibu..banyak manfaat yang boleh diperolehi terutama bagi yang bakal bergelar ibu..BERILAH YANG TERBAIK BUAT BAYI ANDA :-D


Saturday, 4 August 2012

Kelebihan ESP

-Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
-Lengkap dengan kesemua amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
-Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
-Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
-Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. 

Kelebihan daripada sudut:
KECANTIKAN
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
 
KESIHATAN
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat


PELANGSINGAN
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

 
PENYUSUAN
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak 
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam

KEHAMILAN
 
  • Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum

 
 KESUBURAN
  • Untuk yang alami masalah keSuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil

 

Saturday, 28 July 2012

Susu saya tidak cukup???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Interesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

credit to Kumpulan Ibu2 Menyusukan

Friday, 27 July 2012

Hilangkan Dehydration Ketika Berpuasa


Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kita berpuasa, bagaimana 7 hari yang anda semua lalui? semoga puasa kita semua mendapat berkat & pahala. 

Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, bagaimana untuk menanganinya? Saya ingin perkenalkan kepada anda semua tentang PRODUK YANG PALING HANGAT sepanjang Ramadhan ini iaitu Performance Drink (PD). Ia adalah minuman Isotonik tanpa Karbonat. Mengapa ia menjadi pilihan semua semasa berpuasa?


Ini kerana, ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tidur, stress dan banyak lagi. 

Bagi ibu yang menyusu mereka tentu bimbang pengeluaran susu akan merudum dengan teruk kerana kekurangan air.  

Oleh itu, saya cadangkan pengambilan Performance Drink, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. Performance Drink amat sesuai untuk semua golongan lelaki, wanita & kanak2.

Performance Drink ialah campuran elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal & ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Ini adalah di antara testimoni yang menggunakan Performance Drink hasilnya:

rasa bertenaga & tidak letih walaupun menyusukan anak

anak & suami pun suka minum PD

walaupun gotong-royong bersihkan rumah, still bertenaga sampai ke petang

anak 6 tahun dapat berpuasa penuh & aktif bertenaga


bagaimana? pm Umi Shafie @ PreciousHealthy Corner: jika anda berminat & konsultasi percuma selepas pembelian bagi customer PreciousHealthy Corner :-)