Mengambil tajuk buku Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi Bertauliah. Mula2 saya tengok buku ni dalam Group Kumpulan Ibu Menyusukan..diperkenalkan oleh Nik Ha. Terus rasa ingin beli & mendalami ilmu penyusuan susu ibu, semakin 'terlibat' dalam dunia penyusuan..semakin banyak kelebihan & keistimewaan SUSU IBU.
Saya yakin, setelah ibu2 membaca buku ini...semangat untuk meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun akan berkobar-kobar & matlamat ibu2 semua akan tercapai.
Antara isi kandungan buku ini yang bakal menarik perhatian ibu2 ialah:
Keunikan susu ibu:
- Susu ibu berubah mengikut umur bayi iaitu susu ibu bagi bayi pramatang lebih tinggi protein & susu ibu bagi bayi 8 bulan lebih tinggi kandungan kalori berbanding bayi 1 bulan
- Susu ibu berubah mengikut cuaca dimana bila cuaca panas susu ibu lebih banyak kandungan air & bila cuaca sejuk susu ibu lebih lemak
- Susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan, oleh itu bayi terdedah kepada pelbagai rasa susu ibu :-)
Keistimewaan susu ibu:
- Setitis susu ibu mengandungi lebih 1 juta sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi memakan kuman
- Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang~mengelakkan jangkitan kuman & alahan
- Kandungan susu ibu adalah 88% air, oleh itu sudah sempurna & anda tidak perlu air tambahan
- Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut..HEBATNYA!
Insya Allah, melalui buku ini tiada lagi keluhan & persoalan lazim seperti "saya memang tiada susu sejak awal lagi", " saya bersemangat untuk menyusukan, tetapi memang nasib @ keturunan saya tiada susu", "bolehkah saya menyusukan bayi saya secara ekslusif?" @ "puting saya leper @ tenggelam, susah untuk saya menyusukan anak"
Buku ini juga menjawab persoalan mengapa perlu menyusukan bayi dengan susu ibu..Antara kandungan jawapannya ialah:
~Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semulajadinya untuk bayi manusia. Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang terbaik. Para saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu. Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya.
Saya
sangat menggalakkan ibu2 membeli buku ini untuk rujukan & pemahaman
yang lebih mendalam tentang susu ibu..banyak manfaat yang boleh
diperolehi terutama bagi yang bakal bergelar ibu..BERILAH YANG TERBAIK BUAT BAYI ANDA :-D







